10 July 2015

Menyambut raya secara bersederhana

Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Ketika artikel ini dikeluarkan, kita sedang menyambut bulan Ramadhan yang ke-23, bermakna ada beberapa hari sahaja lagi ramadhan akan meninggal kan kita.

Persiapan raya bagaimana? Berapa pasang baju sudah beli? Tema raya tahun ini warna apa? Berapa banyak duit raya yang akan diberikan kepada anak buah? 
Saya pasti pembaca semua sudah membuat persiapan raya dengan lengkap. Kalau saya pula, saya secara jujurnya masih belum membeli baju raya, biskut raya pun tak ada lagi dan duit raya pun belum bertukar lagi. Hal ini kerana pada awal ramadhan yakni pada 10 ramadhan yang lepas, kami baru sahaja kehilangan ahli keluarga kami yang begitu dekat di hati, iaitu arwah Syed Ikram a.k.a Boy. Tahun lepas kami kehilangan arwah Tok Wan kami dan arwah Tok Wan kami meninggal pada 10 akhir Ramadhan. Tapi tak sangka pula, arwah Boy akan meninggal kan kami secara mengejut pada awal 10 Ramadhan. Jadi, kami sepakat untk menyambut raya secara bersederhana.

Sebenarnya bila kita menyambut hari raya, bukan baju baru waima kereta baru, sofa baru yang menjadi dambaan kita. Hatta, duit raya sekali pun. Apabila hari raya menjelang, yang menjadikan kita tidak sabar sabar untk menyambut hari raya adalah untk berjumpa dengan ahli keluarga yang sudah lama kita tidak berjumpa dan juga makanan yang jarang sekali kita jumpa dalam kehidupan seharian.  Benar, sewaktu kecil, duit raya adalah penyebab utama saya untk menyambut hari raya. Ye lah, time raya, bila balik kampung nenek di Balok, saya dan sepupu sepapat akan round satu kampung untk mengumpul duit raya sebanyak yang mungkin. Kami akan round satu kampung dari pagi sehinggalah hampir senja. Bila dah balik, kami akan berkumpul ramai ramai dan mengira duit raya siapa yang paling banyak. Namun, bila sudah dewasa, berjumpa dengan ahli keluarga dan sanak saudara yang jarang berjumpa adalah paling penting untk saya.

Di awal artikel ini, saya ada mengatakan bahawa kami sekeluarga baru sahaja kehilangan arwah Boy. Arwah Boy merupakan orang yang paling disenangi dan rapat kepada keluarga kami. Setiap kali berjumpa, arwah Boy pasti akan bertanya soalan cepu mas kepada saya, antaranya, "Kakak, dah ada boyfriend?" . Arwah Boy merupakan anak yang taat kepada kedua ibu bapanya. Walaupun sudah berumah tangga dan mempunyai 3 orang anak, arwah Boy masih tinggal dengan kedua ibu bapanya. Bukan sebab manja tetapi sebab ingin menjaga kedua ibu bapanya selepas kedua ibu bapanya pencen. Mujur, tahun lepas, kami berkonvo beramai ramai beraya di sekitar pantai timur termasuklah arwah Boy. Boy meninggal disebabkan brain death selepas terjatuh tersembam di atas jalan raya sewaktu menunggang motosikal. Kematian arwah begitu mengejutkan dan sudah pasti ia menyedihkan buat kami sekeluarga. Jadi, pesan saya, selagi boleh berjumpa dengan ahli keluarga dan sanak saudara, jumpa lah dan erat erat kan lah hubungan silaturahim supaya sekurang kurangnya kita mempunyai kenangan terindah sebelum salah seorang daripada kita dijemput oleh Illahi.

Nasihat saya juga, sambut raya biarlah dengan cara bersederhana. Banyakkan berjimat dan kurangkan membazir. Ucapan saya sebelum melabuhkan tirai, Selamat Menyambut 10 Ramadhan yang terakhir. #KosongKosong. #Syukur #Alhamdulillah


P/s gambar kenang kenangan dengan keluarga dari Saidi's Group untk Majlis Berbuka Puasa di Rumah Pak Anjang dan Mak Anjang.




No comments:

Copyright to ALIFAH MAHIR
Designed by UMIESUEstudio 2015